~Sang Realiti Menyusuri Langkah Yang Ranjau Berduri..Menjadi Satu Keperitan Dalam Mencari Cinta Ilahi.......~
Tiadalah Perkara mudah untuk kita mendekati-NYA...kerana hati masih lagi diselubungi dengan dosa dan kegelapan...Tetapi itu bukanlah penghalang kita untuk mendekati-NYA...Selagi Nafas belum terhenti..Selagi itu pintu taubat masih lagi terbuka kepada hamba-hambaNYA...Kita di ibaratkan seperti kain putih..lalu kekotoran itu datang jika kita tidak mencucinya..begitu jua dengan hati..Hati kita sentiasa di kotori dengan iri hati,dengki,angkuh,sombong dan sifat-sifat mazmumah yang lain...
~Janganlah Abaikan..Tanpa Mereka Tiadalah Kita Di Dunia....~
Program Ke Rumah Warga Emas Di Denai Johor..Memberi seribu satu pengalaman dan jua pengajaran..program ini dibawah subjek Psikologi Dewasa dan Orang Tua..Alhamdulillah saya dilantik sebagai Pengarah Program..Pengalaman pertama saya untuk mengarahkan sesuatu
~ Secebis Keinsafan Akan Membuka Seribu Lembaran Pintu Yang Mana Kebahagian Itu Sentiasa Menantimu...........~
Tiada siapa yang mampu menduga orang yang jahil boleh menjadi seorang yang lebih baik dari orang yang sedia ada baiknya..Hidayah Allah terbuka luas kepada hamba-hambaNYA yang ingin kembali ke jalan yang sebenar-benarnya...Usahlah kita menghukum seseorang kerana bimbang diri kita sendiri akan terhukum...Tiada Yang Mustahil Bagi Allah..Kerana DIA Maha Berkehendak..Betapa Untungnya kita hidup di dunia ini..Hanya perlu berusaha untuk mendekatkan diri kepada-NYA..Maka kita semua mampu berubah...janganlah dipandang pada pakaiannya..janganlah dipandang pada sifatnya..tapi pandanglah pada kata-katanya..dan pandanglah pada akhlaknya..kerana Agama itu sendiri akan membentuk keseluruhannya...bersyukurlah diatas nikmat yang dikurnia oleh-NYA...Terimalah nasihat atau teguran Hatta dia seorang yang jahil dalam agama..nasihat yang baik kita simpan..yang kurang itu kita campakkan...Moga kita semua sentiasa dirahmati-NYA....Amin..
~Sebuah Pengembaraan Yang Di Dalam Bayanganku Takkan Dapat Terwujud Dengan Sempurna.......~
Setiap orang mempunyai cita-cita dan angan-angan..Tapi Sebelum Menuju Ke Arah itu..kita perlukan satu perjalanan yang panjang...setiap perjalanan itu indah dan jua banyak ujian serta rintangan yang harus kita lalui...dikala kita kesedihan..tiadalah upaya kita untuk berdiri dengan sendiri melainkan dengan Qudrat yang diberikan Oleh Allah S.W.t.....Hidup ini tidaklah bererti jika perjalanan hidup kita tidak disemai dengan zikrullah...Hati begitu tenang jika sentiasa mengingati-NYA....Perjalanan hidup kita mudah kerana disertai dengan Rahmat-NYA...tiadalah kita tanpa Allah...hidup didunia ini hanya sementara yang kekal abadi adalah alam di sana....moga kita semua sentiasa di dalam sentiasa diberkati oleh-NYA.....
~Mohon Doa Dari Sahabat-Sahabat Alam Maya....Tidak Lama Lagi Nak Final Exam Dan Dalam Perjalanan Untuk Menyiapkan Thesis..~
~Lumrah Manusia...Tidak Akan Merasa Puas Dengan Apa Yang Ada....~
Manusia yang sentiasa mencari kehidupan dunia tidak akan merasa puas...tiadalah penting bagi diri kita jika kita tidak bersyukur dengan nikmat-NYA....jutawan pun masih juga ingin mencari lagi kekayaan walaupun dia tahu dia sudah kaya dengan harta...tidak salah menjadi kaya..tapi hidup takkan tenang jika kita tidak bersyukur,ikhlas dan redha.....kunci kejayaan di dunia adalah bersyukur dengan apa yang ada...orang yang tamak tidak akan kemana...maka bersedekah la daripada kita membazir..lebih baik kita bersedekah...rahmat dan nikmat kita perolehi dari-NYA...yakinilah bahawa rezeki Allah itu Maha luas...Usahlah dirisaukan...Yakin dan sentiasalah Mendekati-NYA..insya'Allah....Tiadalah Yang Lebih Hebat Melainkan Allah Yang Satu.....
Pertemuan Yang Ditentukan Oleh-NYA Dan Perpisahan Itu Jua Ditentukan Oleh-NYA....Alhamdulillah Kerana Allah Memberikan Kami Peluang Untuk Mendekatkan Diri Kepada-NYA....Bersatunya Kami Ini Adalah Kerana-NYA...Moga Persahabatan Kami Kekal Dalam Rahmat dan Redha-NYA.....Insya'Allah...
Lagu Ini Di Ciptakan Oleh Sanji Al Thawawi iaitu sahabat ku yang kini menjadi seorang tenaga pengajar di
~Dont Worry...Everybody Falls At The First Time.......~
Usahlah kecewa jika tidak berjaya tapi teruskan usaha insya'Allah pasti akan berjaya..kadang kala kita tidak mahu mencuba kali kedua kerana takut tidak berjaya..buangkan pemikiran yang negatif..bermuhasabah diri dan bermotivasi selalu..cuba dan terus mencuba insya'Allah akan nampak hasilnya....yakin pada diri sendiri...sentiasa berpositif dengan semua perkara...:)
~Persepsi Yang Baik Itu Melambangkan Keperibadian Dan Sahsiah Yang Mulia...~
Persepsi atau lebih kita fahami iaitu pendangan kita terhadap orang lain. Ramai cepat menghukum seseorang tanpa mengkaji dengan lebih mendalam. Kita mudah memberi pandangan yang negetif dan buruk kepada seseorang sehingga kita mengeji perbuatan mereka tanpa kita sedari. Ingatlah bahawa setiap manusia ada masalahnya yang tersendiri dan ada sebab mereka lakukan walaupun bukan dengan rela hati tapi mereka lakukan demi kasih sayang dan pengorbanan...Amat menyedihkan bila orang mengutuk dan tidak menghormati orang yang melakukan kesilapan..mereka juga inginkan teguran tapi biarlah membina dan berhikmah..insya'Allah secara perlahan-lahan mereka akan berubah ke arah kebaikan..doakan mereka itu lebih mulia dari mengkeji mereka.
~Lagu ini membawa maksud yang mendalam...hampir menitis air mata ini bila mendengarnya...betapa hinanya diri ini...jahilnya diri ini..fakirnya diri ini..lemahnya diri ini...jika tiada DIA disisi....ku mohon redha-NYA...lagu ini saya nyanyikan...trimalah..mohon kemaafan jika suara tidak merdu...hanya berkongsi untuk sahabat-sabahat di luar sana..hayatilah liriknya dan juga dalami setiap maknanya....insya'Allah pasti ada jawapannya....~
Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah...
Suatu perjalanan yang jauh...Banyak Pengalaman dan ilmu...Kesabaran Itu Mengajar Seribu Erti tentang dunia realiti....Mengembara Sebuah perjalanan yang penuh liku...hanya diri ini yang tahu...Dimana bumi dipijak...langit takkan berganjak...begitu juga dengan hidup ini...bersabar dan bersyukur dengan segala nikmat dari -NYA...Kita hanya hamba yang hina...nikmatilah dunia ini dengan penuh kesyukuran kerana rahmat-NYA sentiasa ada untuk hamba-hamba-NYA.....
Selamat Hari Raya kepada sahabat-sahabat blogger...Mohon kemaafan jika ada kekhilafan pada diri ini...Sudah lama agaknya tidak berblog..insya'Allah Kita akan bertemu kembali...Mohon kemaafan sekali lagi..Semoga Hubungan kita di alam maya kekal abadi...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum……Berbanyak memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat Insan Cemerlang kerana menyepi sekejap…Semoga Sahabat-sahabat sihat belaka…bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang kepada saya untuk membuat sambungan mengenai 10 tanda penyebab Hati Kotor. Pada entry ini saya akan menceritakan tentang penyebab Hati Kotor yang pertama adalah MAKSIAT..so selamat membaca.. :-)
Maksiat
Maksiat ini bermaksud melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah diantara lelaki dan perempuan iaitu berdua-duaan. Perbuatan ini selalu kita lihat bukan sahaja realiti tapi di media massa seperti drama, movie, iklan dan sebagainya. Saya mengharapkan sesuatu filem dari Malaysia seperti cerita Ketika Cinta Bertasbih (Movie Yang Terbaik)..Kikikiki…nak cerita skit pasal movie ni. Movie btul-btul menjaga syariat diantara suami isteri walaupun hanya berlakon. Tapi mereka tidak menunjukkan yang mereka berpegang tangan ataupun berpeluk.(xpercaya tgk ler..) bagi sy movie ini lah salah satunyer movie yang btul2 berlandaskan hukum syariah dan btul2 islamic. Ok2 kita sambung kembali kepada Topik yang asal. Maksiat ini berlaku pada kalangan orang yang bercinta..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Pada entry kali ni saya ingin kongsikan serba sedikit tentang HATI. HATI tempat jatuhnya pandangan Allah. HATI adalah ketua segala tubuh badan. Jadi HATI ini adalah amat penting sekali pada diri setiap manusia, HATI yang bersih boleh merasakan KETENANGAN walaupun ditimpa musibah dan ujian dari Allah S.W.T...Pandangan HATI adalah paling HAKIKI jika HATI itu bersih..HATI yang kotor akan menyebabkan kita mudah lalai dan leka dengan hasutan SYAITAN. SYAITAN mudah meyelinap masuk ke dalam HATI dan bila HATI terlalu KOTOR, Payah untuk kita membersihkan HATI kecuali dengan BERISTIQAMAH dan MUJAHADAH..Insya'Allah....
~~~~~~~~~~10 Tanda HATI KOTOR...~~~~~
MAKSIAT
TIDAK AMANAH
DERHAKA KEPADA ORANG TUA
TIDAK MENUNAIKAN SOLAT
MEMAKAN BENDA YANG HARAM
RIAK
IRI HATI
TIDAK BERSEDEKAH
TIDAK JUJUR
MEMBUKA AURAT
Insya'Allah pada entry yang akan datang saya akan huraikan serba sedikit penyebab HATI KOTOR...semoga apa yang dapat saya kongsikan ini kita semua dapat muhasabahkan diri kita dan dapat mengelakkan HATI kita jadi KOTOR...Wasalam....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Tasawwuf itu adalah salah satu cabang ilmu yang menceritakan tentang ketuhanan dan pendekatan kita untuk mengenal Khaliq. Oleh yang demikian, Pada Entry kali ini saya ini kongsikan serba sedikit tentang pandangan imam Al-Ghazali tentang ilmu tasawwuf ini. Imam Al-Ghazali adalah salah seorang tokoh sufi yang terkenal. Beliau sanggup melepaskan jawatan yang tertinggi demi mencari keredhaan Allah dan ingin mendekati Allah S.W.T.
Tasawwuf Mengikut Pandangan Imam Al-Ghazali
Imam Al-Ghazali adalah salah seorang ahli sufi. Sebelum beliau menjadi ahli sufi, beliau tidak memberi penilaian dengan mudah sebelum mengetahui hakikat yang menjadi penilaiannya. Sebelum beliau membuat kesimpulan dalam menentukan manakah yang betul bagi membawa dirinya kepada agama yang benar, beliau mengkaji secara keseluruhan semua aliran yang mendakwa semua “ini yang paling benar”. Walaupun pada masa itu banyak aliran dan mazhab yang mengakui paling benar. Beliau menghabiskan separuh masa untuk mencari dan mengkaji semua aliran yang berkembang.
“ Sejak muda, semasa berumur kurang dari dua puluh tahun sehingga sekarang lebih dari lima puluh tahun aku tidak henti-henti menyelami lautan luas ini. Aku meneliti setiap kepercayaan, aku mendalami setiap mazhab dan aku mengkaji setiap ajaran bagi membuktikan mana yang betul : Bathiniyyih, Zhahiriyyah, Kalam, Falsafah dan Tasawwuf. Tidak ketinggalan juga kaum zindiq dan mu’athil.” (Munqidz Min Al-Dhalal)
Beliau menemui kesimpulan, jalan tasawwuf adalah jalan yang benar bagi mencapai kebahagian yang sebenarnya. ‘Benar’ menurut pandangan Al-Ghazali adalah jalan yang ditempuh oleh para sufi adalah jalan pengalaman. Mereka merasakan bagaimana lazatnya beragama, merasakan pertemuan dan dekat dengan Allah. Tidak seperti para ahli kalam yang asyik memikirkan sekitar perkataan dan logikal bagi membuktikan adanya Tuhan. Sedangkan kita boleh merasakan dan lihat, bukan dengan pancaindera ataupun pemikiran tetapi dengan perangkat batin yang dinamakan dzauq, setelah diasah terlebih dahulu melalui pengolahan batin.
Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cik Yuni Aisyah kerana sudi memberi Award kepada blog saya yang xseberapa...Ini adalah satu penghargaan yang amat bermakna..hehe..Minta maaf Cik Yuni Aisyah sebab baru perasan pasal award ni..hehe...Syukran Jazilan sekali lagi..semoga persahabatan kite kekal dan sentiasa dibawah Rahmat Allah S.W.T...
Kepada Sahabat-sahabat blogger Insan Cemerlang...Amiklah Award ni..saya Memberi kapada anda semua..hehe...
Tampilkan LINK pemberi AWARD ini. Berikan AWARD ini kepada rakan-rakan yang anda rasakan layak mendapat AWARD ini.
Sila tinggalkan ucapan manis anda di kotak comment sebaik sahaja mengetahui yang anda menerima AWARD. Ianya sebagai tanda yang anda telah menerima AWARD.....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Pada Entry Kali ini, saya ingin berkongsi tentang pengenalan tasawuf..ilmu ini sangat berguna dan harus dipelajari oleh setiap muslim. Jika ada tersalah atau tersalah kata harap dimaafkan…..
Ilmu Tasawwuf merupakan salah satu cabang ilmu-ilmu islam selain daripada ilmu akidah dan juga ilmu syariat(fiqh). Ia merupakan suatu ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap muslim demi kesempurnaan sesuatu ibadah yang dilakukan.Oleh itu, ilmu tasawwuf ini harus difahami berlandaskan tuntutan Al Quran dan Sunnah, agar kita tidak tergelincir menjadi kaum yang memahami secara melampau berkaitan ilmu tasawwuf ini seperti ada orang yang mendalaminya supaya mendapat kelebihan kelebihan tertentu seperti kebal, dapat terbang di udara, berjalan di atas air dan sebagainya. Kita tidak menolak karamah yang diberikan Allah, tetapi janganlah karamah itu yg menjadi tujuan utama
Tasawwuf merupakan salah satu dari tiga tiang asas agama Islam. Ia merupakan dimensi kerohanian bagi agama ini. Dengannya Iman dan keyakinan menjadi lebih kuat, perlaksanaan terhadap tuntutan syariat menjadi lebih sempurna dan penghayatan nilai-nilai akhlak menjadi lebih berkesan. Tanpanya Iman hilang kemanisannya, amal ibadah hilang kekhusyukannya dan akhlak hilang kemurniannya. Ia seumpama kawalan keselamatan dan perhiasan bagi sesebuah rumah yang menjadikannya lebih selamat dan bernilai tinggi.