Ahad, 18 April 2010

mendedah aurat membawa maksiat.....



ADA orang bersikap suka menunjuk-nunjuk kekayaan, perhiasan dan kehebatannya. Tidak kurang juga ada wanita muda sengaja menunjukkan bentuk badannya menerusi pakaian ketat dan jarang ketika berjalan atau menghadiri sesuatu majlis keramaian. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Nur, ayat 31 yang bemaksud: "Janganlah mereka menghentak-hentakkan kakinya agar diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah sekelian kepada Allah wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung. Menerusi ayat di atas, Allah dengan jelas memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar mengajar pengikutnya supaya menundukkan sebahagian pandangan mereka serta menahannya daripada melihat wanita yang bukan muhrimnya (muhrim bermaksud wanita yang diharamkan berkahwin dengannya). Mereka juga dilarang memandangnya kecuali pada apa yang dibolehkan saja. Begitu juga, Allah memerintahkan mereka supaya memelihara kemaluannya daripada perbuatan zina dan sekali gus menjaga auratnya supaya tidak dilihat oleh sesiapa pun. Sesungguhnya sikap itu akan lebih aman dan terselamat daripada terjerumus kepada perkara kejahatan.

Jumaat, 16 April 2010

10 cara untuk membahagiakan ibu bapa




SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
  • 1. Memberi bantuan kewangan
Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
  • 2. Menyediakan tempat tinggal
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
  • 3. Memberi kasih sayang
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)

Rabu, 14 April 2010

Mengenali apa itu MARAH....




RASULULLAH dalam satu hadis diriwayatkan Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”

Setiap manusia mempunyai sifat marah dan sabar sebenarnya adalah penghalang sifat itu. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya, apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan. Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.Ada lima kategori marah iaitu

1)Cepat marah atau marah tidak bertempat,
2)Marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat),
3)Marah sederhana,
4)Tidak tahu marah
5)Marah keterlaluan.


Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu

-Rasa bangga diri,
-Takjub kepada peribadi sendiri,
-Berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas,
-Bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah.

Lima lagi puncanya ialah

-Gemar berbantah dalam sesuatu perkara,
-Khianat,
-Tamak kepada harta juga pangkat,
-Gagal mengendalikan nafsu
-Emosi serta hasad dengki selain iri hati.


Apabila seseorang itu marah, pergerakan fizikalnya turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina juga merendah-rendahkan orang yang dimarah dan pelbagai lagi.
Marah bukan berlaku pada orang yang kebanyakan saja, malah individu yang punya kedudukan atau status seperti ustaz, ustazah, guru, ulama, doktor dan sebagainya.Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian kerana yang penting ‘sikap aku betul, orang lain salah’.


Isnin, 12 April 2010

Ramai Wanita yang akan Menghuni Neraka




                                                                  -Gambar hiasan-

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekek dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.


Kecantikan muslim dan muslimah



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...