Selasa, 4 Mei 2010

Syukran jazilan sahabat di atas penghargaan mu..


Alhamdulillah..pertama sekali saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi segala ilmu kepada sahabat-sahabat saya..
Syukran Jazilan kepada KacaMata kerana sudi memberikan anugerah ini..saya pun tidak sangka bleh dapat award seperti ini..saya juga ini mengucapkan bebanyak terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger saya kerana sudi ziarah dan juga memberi komen di blog saya..semoga ukhwah kita berkekalan..

1 ) Buat Entry ttg Award Ini = Sudah dilaksanakan..
2) Copy badge "Beautiful Blogger Award" ini = Sudah Dilaksanakan..
3) Ucapan Terima kasih kepada Pemberi Award = Syukran jazilan sekali lagi atas pemberian dan penghargaan mu sahabat ku iaitu KacaMata.. 
4) Senaraikan 15 Blogger yang akan menerima Award dari saya pula..
3. tQah
9. TaWFiqUe 
11. ImPish 
13. Triple M 
14. Farysa
15. Naila

Harapkan Sahabat sudi menerima Award yg xseberapa ini..Syukran Jazilan..

Isnin, 3 Mei 2010

10 Perangkap Syaitan terhadap manusia..

 
                                            -Gambar hiasan-                


Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.


 
2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

Selasa, 27 April 2010

Mengapa Perlu berdoa...



Assalamualaikum….

Kepada sahabat2 ku…atas kesibukan kertas kerja dan juga final exam..sy xpat nak membuat post yg terbaru..Alhamdulillah ptg td sy sudah selesai menjawab paper yg ketiga..tgl satu paper saja lagi akan ku habiskan..em baiklah..sekarang ini musim final exam, kepada semua Mahasiswa dan siswi..sy nak berkongsi ilmu..iaitu memceritakan tentang “MENGAPA PERLU BERDOA” ….

Bukankah Allah SWT sememangnya tahu semua keinginan kita tanpa kita berdoa pun? Bukankah Allah SWT mengetahui apa yang terlintas di fikiran kita? Mengapa kita perlu berdoa lagi kerana bukankah berdoa itu sama sahaja seperti apa yang ada di dalam hati dan fikiran kita? Suatu ketika dahulu saya sering putus asa di dalam berdoa. Kekadang terasa sangat penat dan bosan berdoa kerana sangat penat menunggu apa yang diinginkan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sejak mengenal Allah SWT sehinggalah beberapa tahun yang lepas, saya sering memikirkan mengapa perlunya saya berdoa sedangkan Allah SWT mengetahui segala apa yang saya inginkan..

Mengapa Perlu Berdoa?
Berdoa adalah memohon dan meminta serta berharap. Pemohon sudah pasti memiliki darjat yang lebih rendah daripada Pemberi. Begitulah kita dengan Allah SWT. Jelas menunjukkan kita memerlukan Allah SWT dan memohon pelbagai perkara di dalam kehidupan kita ini. Darjat kita terlalu jauh malah amat jauh sehinggakan langsung tiada darjat atau juga sebenarnya tidak boleh membuat perbandingan langsung berbanding kebesaran Allah SWT...

Berdoa itu merendahkan darjat kita sehingga daripada kita rasa ada apa-apa kepada tiada apa-apa langsung. Kita meletakkan diri kita benar-benar berada di bawah. Kita memohon dan berharap sesuatu daripada Allah SWT. Dengan berdoa kita lebih jelas siapa kita dan kepada siapa kita memohon. Kita sedar kedudukan kita dan kita sedar kedudukan Allah SWT. Kita sedar kita hanyalah hamba ciptaan Allah SWT dan Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Besar..



Ahad, 18 April 2010

mendedah aurat membawa maksiat.....



ADA orang bersikap suka menunjuk-nunjuk kekayaan, perhiasan dan kehebatannya. Tidak kurang juga ada wanita muda sengaja menunjukkan bentuk badannya menerusi pakaian ketat dan jarang ketika berjalan atau menghadiri sesuatu majlis keramaian. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Nur, ayat 31 yang bemaksud: "Janganlah mereka menghentak-hentakkan kakinya agar diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah sekelian kepada Allah wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung. Menerusi ayat di atas, Allah dengan jelas memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar mengajar pengikutnya supaya menundukkan sebahagian pandangan mereka serta menahannya daripada melihat wanita yang bukan muhrimnya (muhrim bermaksud wanita yang diharamkan berkahwin dengannya). Mereka juga dilarang memandangnya kecuali pada apa yang dibolehkan saja. Begitu juga, Allah memerintahkan mereka supaya memelihara kemaluannya daripada perbuatan zina dan sekali gus menjaga auratnya supaya tidak dilihat oleh sesiapa pun. Sesungguhnya sikap itu akan lebih aman dan terselamat daripada terjerumus kepada perkara kejahatan.

Jumaat, 16 April 2010

10 cara untuk membahagiakan ibu bapa




SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
  • 1. Memberi bantuan kewangan
Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
  • 2. Menyediakan tempat tinggal
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
  • 3. Memberi kasih sayang
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...