Jumaat, 25 Mac 2011

10 tanda penyebab Hati Kotor (MAKSIAT)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum……Berbanyak memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat Insan Cemerlang kerana menyepi sekejap…Semoga Sahabat-sahabat sihat belaka…bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang kepada saya untuk membuat sambungan mengenai 10 tanda penyebab Hati Kotor. Pada entry ini saya akan menceritakan tentang penyebab Hati Kotor yang pertama adalah MAKSIAT..so selamat membaca.. :-)

Maksiat

Maksiat ini bermaksud melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah diantara lelaki dan perempuan iaitu berdua-duaan. Perbuatan ini selalu kita lihat bukan sahaja realiti tapi di media massa seperti drama, movie, iklan dan sebagainya. Saya mengharapkan sesuatu filem dari Malaysia seperti cerita Ketika Cinta Bertasbih (Movie Yang Terbaik)..Kikikiki…nak cerita skit pasal movie ni. Movie btul-btul menjaga syariat diantara suami isteri walaupun hanya berlakon. Tapi mereka tidak menunjukkan yang mereka berpegang tangan ataupun berpeluk.(xpercaya tgk ler..) bagi sy movie ini lah salah satunyer movie yang btul2 berlandaskan hukum syariah dan btul2 islamic. Ok2 kita sambung kembali kepada Topik yang asal. Maksiat ini berlaku pada kalangan orang yang bercinta.. 


Kebanyakkannyer lah yang bercinta ni banyak yang buat maksiat. Bagi pendapat saya yang bodoh ini. Kerana memang lumrah manusia untuk bercinta, Tapi bercinta yang bagaimanakah menurut Islam. Saya pernah bertanyakan kepada seorang Ustaz mengenai cinta. Beliau berkata “Cinta itu Lumrah Manusia, Jika Cinta Itu Dapat Mendekatkan Diri Kepada Allah Maka Itu Adalah Rahmat Dari Allah. Dan Jika Cinta Itu Melalaikan Kita Kepada Allah, Maka Itu Akan Menyebabkan Fitnah Manusia”. Banyak lagi Syarat-syarat jika nak bercinta ni. Tapi Mungkin Pada Entry yang akan datang..hehehehehe…Oleh yang demikian, Maksiat ini boleh menyebabkan hati kita kotor, Tompok-tompok hitam pada Hati akan bertambah dan bertambah sehingga hitam keseluruhan. Apa yang kita dapat disini, jika kita Bercinta dan kita Lalai kepada Allah, itu pun sudah menunjukkan hati kita akan kotor. Maka elakkanlah sebelum Ia bertambah. Mencegah itu lebih Baik dari Mengubat..Berubah sebelum menjadi Parah. Dosa-dosa akan semakin banyak dan berterusan jika kita tidak bertindak. Contoh ini mungkin dapat kita lihat :
  1.  Bermula dengan berkenalan. (kalo niat Baik xpelah..huhu)      
  2.  Saling Suka sama Suka (Inilah yangdinanti2kan oleh para pencinta..haha)
  3.   Bertemu @ Dating yang pertama dan ditemani dengan kawan2 (Malu2 lagi time ni)  
  4.   Dah merindu pulak..(Dah masuk sayang menyayang tapi lumrah manusia)  
  5.  Bertemu @ Dating kali kedua (Dah mula berjinak2 nak berpegang tangan)
  6. Dating Kali Ketiga, Lelaki pulak dah berani nak Peluk. Perempuan plak kate xnak tapi dah sayang   punyer pasal bagi nak Buat mcm ne.. (bak dalam lagu ana rafalli)        
  7.  Dah boring2 peluk mula lah lelaki nak ehem2..(tu korang pikir la yer…)
  8.  Bila dah mengandung..Lelaki tu xnak bertanggungjawab..perempuan mula gelisah..lalu mengugurkan bayi yang tidak berdosa dan membunuh..(sedih2)

So berhati-hatilah dalam bercinta. Pesananku Kepada muslimah-muslimah diluar sana..berhati-hatilah dalam memilih pasangan. Jagalah batas-batas pergaulan dan juga jagalah maruah kewanitaan. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki yang ingin memusnahkan dunia dan impian seorang wanita. Dalam Surah Al-Israa : 32 “Dan Janganlah Kamu Mendekati Zina” .Bercinta biarlah berpada-pada dan ingatlah Allah sentiasa melihat segala perbuatan kita hatta kita menyorok di dalam kegelapan.. Takutilah Dengan Azab Allah. Perbanyakkan zikir dan selawat semoga kita terhindar dari melakukan dosa-dosa yang boleh menyebabkan kita terjerumus ke lembah kedosaan..Insya'Allah... Semoga kita dapat mengambil iktibar dari apa yang saya pelajari. Ilmu saya masih cetek dan secetek2nya..diharapkan jika ada terkasar bahasa atau tergurus itu adalah salah silap saya. Yang baik itu datang dari Allah S.W.T..Allahu Rabbi…..



Nntkan Sambungannyerr……………

4 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum FiQrY

    Belum lihat filem Ketika Cinta Bertasbih.

    Bab hati ini, Allah dah pesan bahawa hanya orang-orang yang membawa hati yang sejahtera sahaja yang akan diterimaNya, bertemu denganNya. Untuk dapat hati yang sejahtera marilah kita berusaha bersungguh-sungguh mengosongkan hati kita daripada sifat2 masmumah dan gantikan dgn sifat2 mahmudah seterusnya istiqamah dengan memelihara hati supaya titik-titik hitam tidak melekat di hati kita.

    Mudah2an usaha kita diberi pertolongan oleh Allah SWT.. amin

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam Sayda..

    Insya'Allah awk pasti dapat lihat filem tu..kat saya ada full movie n drama..hehe

    Apa yang sayda katakan itu adalah mmg benar..Insya'Allah sama-sama kita bermujahadah ke sifat mahmudah..sifat2 ini yang akan menjadi membentuk diri kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat..

    Insya'Allah..semoga kita sentiasa tergolong bersama orang2 yang beriman kepada Allah SWT..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum..wah entry yg sangat menarik..syukran sudi kongsi bersama..a'ah cerita ketika cinta bertasbih mmg best..sungguh islamik..wah encik fiqry ada full drama n movie die k..?saya nak leh..? :)

    BalasPadam
  4. Jemput2lah singgah ke blog yg tak sberepa ni ye.klik pada adsense untuk dapatkan info lebih lanjut http://www.tourismopportunity.blogspot.com/

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...