Jumaat, 25 Mac 2011

10 tanda penyebab Hati Kotor (MAKSIAT)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum……Berbanyak memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat Insan Cemerlang kerana menyepi sekejap…Semoga Sahabat-sahabat sihat belaka…bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang kepada saya untuk membuat sambungan mengenai 10 tanda penyebab Hati Kotor. Pada entry ini saya akan menceritakan tentang penyebab Hati Kotor yang pertama adalah MAKSIAT..so selamat membaca.. :-)

Maksiat

Maksiat ini bermaksud melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah diantara lelaki dan perempuan iaitu berdua-duaan. Perbuatan ini selalu kita lihat bukan sahaja realiti tapi di media massa seperti drama, movie, iklan dan sebagainya. Saya mengharapkan sesuatu filem dari Malaysia seperti cerita Ketika Cinta Bertasbih (Movie Yang Terbaik)..Kikikiki…nak cerita skit pasal movie ni. Movie btul-btul menjaga syariat diantara suami isteri walaupun hanya berlakon. Tapi mereka tidak menunjukkan yang mereka berpegang tangan ataupun berpeluk.(xpercaya tgk ler..) bagi sy movie ini lah salah satunyer movie yang btul2 berlandaskan hukum syariah dan btul2 islamic. Ok2 kita sambung kembali kepada Topik yang asal. Maksiat ini berlaku pada kalangan orang yang bercinta.. 

Khamis, 3 Mac 2011

10 TANDA PENYEBAB HATI KOTOR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pada entry kali ni saya ingin kongsikan serba sedikit tentang HATI. HATI tempat jatuhnya pandangan Allah. HATI adalah ketua segala tubuh badan. Jadi HATI ini adalah amat penting sekali pada diri setiap manusia, HATI yang bersih boleh merasakan KETENANGAN walaupun ditimpa musibah dan ujian dari Allah S.W.T...Pandangan HATI adalah paling HAKIKI jika HATI itu bersih..HATI yang kotor akan menyebabkan kita mudah lalai dan leka dengan hasutan SYAITAN. SYAITAN mudah meyelinap masuk ke dalam HATI dan bila HATI terlalu KOTOR, Payah untuk kita membersihkan HATI kecuali dengan BERISTIQAMAH dan MUJAHADAH..Insya'Allah....

~~~~~~~~~~10 Tanda HATI KOTOR...~~~~~
  1. MAKSIAT
  2. TIDAK AMANAH
  3. DERHAKA KEPADA ORANG TUA
  4. TIDAK MENUNAIKAN SOLAT
  5. MEMAKAN BENDA YANG HARAM
  6. RIAK
  7. IRI HATI
  8. TIDAK BERSEDEKAH
  9. TIDAK JUJUR
  10.  MEMBUKA AURAT

Insya'Allah pada entry yang akan datang saya akan huraikan serba sedikit penyebab HATI KOTOR...semoga apa yang dapat saya kongsikan ini kita semua dapat muhasabahkan diri kita dan dapat mengelakkan HATI kita jadi KOTOR...Wasalam....

Rabu, 2 Mac 2011

Tasawwuf Menurut Pandangan Imam Al-Ghazali







Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Tasawwuf itu adalah salah satu cabang ilmu yang menceritakan tentang ketuhanan dan pendekatan kita untuk mengenal Khaliq. Oleh yang demikian, Pada Entry kali ini saya ini kongsikan serba sedikit tentang pandangan imam Al-Ghazali tentang ilmu tasawwuf ini. Imam Al-Ghazali adalah salah seorang tokoh sufi yang terkenal. Beliau sanggup melepaskan jawatan yang tertinggi demi mencari keredhaan Allah dan ingin mendekati Allah S.W.T.
Tasawwuf Mengikut Pandangan Imam Al-Ghazali
Imam Al-Ghazali adalah salah seorang ahli sufi. Sebelum beliau menjadi ahli sufi, beliau tidak memberi penilaian dengan mudah sebelum mengetahui hakikat yang menjadi penilaiannya. Sebelum beliau membuat kesimpulan dalam menentukan manakah yang betul bagi membawa dirinya kepada agama yang benar, beliau mengkaji secara keseluruhan semua aliran yang mendakwa semua “ini yang paling benar”. Walaupun pada masa itu banyak aliran dan mazhab yang mengakui paling benar. Beliau menghabiskan separuh masa untuk mencari dan mengkaji semua aliran yang berkembang.
“ Sejak muda, semasa berumur kurang dari dua puluh tahun sehingga sekarang lebih dari lima puluh tahun aku tidak henti-henti menyelami lautan luas ini. Aku meneliti setiap kepercayaan, aku mendalami setiap mazhab dan aku mengkaji setiap ajaran bagi membuktikan mana yang betul : Bathiniyyih, Zhahiriyyah, Kalam, Falsafah dan Tasawwuf. Tidak ketinggalan juga kaum zindiq dan mu’athil.”   (Munqidz Min Al-Dhalal)
Beliau menemui kesimpulan, jalan tasawwuf adalah jalan yang benar bagi mencapai kebahagian yang sebenarnya. ‘Benar’ menurut pandangan Al-Ghazali adalah jalan yang ditempuh oleh para sufi adalah jalan pengalaman. Mereka merasakan bagaimana lazatnya beragama, merasakan pertemuan dan dekat dengan Allah. Tidak seperti para ahli kalam yang asyik memikirkan sekitar perkataan dan logikal bagi membuktikan adanya Tuhan. Sedangkan kita boleh merasakan dan lihat, bukan dengan pancaindera ataupun pemikiran tetapi dengan perangkat batin yang dinamakan dzauq, setelah diasah terlebih dahulu melalui pengolahan batin.
           

Ahad, 27 Februari 2011

Blogger Award Friendship


Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cik Yuni Aisyah kerana sudi memberi Award kepada blog saya yang xseberapa...Ini adalah satu penghargaan yang amat bermakna..hehe..Minta maaf Cik Yuni Aisyah sebab baru perasan pasal award ni..hehe...Syukran Jazilan sekali lagi..semoga persahabatan kite kekal dan sentiasa dibawah Rahmat Allah S.W.T...


Kepada Sahabat-sahabat blogger Insan Cemerlang...Amiklah Award ni..saya Memberi kapada anda semua..hehe...

  • Tampilkan LINK pemberi AWARD ini. Berikan AWARD ini kepada rakan-rakan yang anda rasakan layak mendapat AWARD ini.
  • Sila tinggalkan ucapan manis anda di kotak comment sebaik sahaja mengetahui yang anda menerima AWARD. Ianya sebagai tanda yang anda telah menerima AWARD.....
     
                                                                                                                                   Jazaqallah....

Jumaat, 25 Februari 2011

Pengenalan Tasawuf



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Pada Entry Kali ini, saya ingin berkongsi tentang pengenalan tasawuf..ilmu ini sangat berguna dan harus dipelajari oleh setiap muslim. Jika ada tersalah atau tersalah kata harap dimaafkan…..
Ilmu Tasawwuf merupakan salah satu cabang ilmu-ilmu islam selain daripada ilmu akidah dan juga ilmu syariat(fiqh). Ia merupakan suatu ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap muslim demi kesempurnaan sesuatu ibadah yang dilakukan.Oleh itu, ilmu tasawwuf ini harus difahami berlandaskan tuntutan Al Quran dan Sunnah, agar kita tidak tergelincir menjadi kaum yang memahami secara melampau berkaitan ilmu tasawwuf ini seperti ada orang yang mendalaminya supaya mendapat kelebihan kelebihan tertentu seperti kebal, dapat terbang di udara, berjalan di atas air dan sebagainya. Kita tidak menolak karamah yang diberikan Allah, tetapi janganlah karamah itu yg menjadi tujuan utama
Tasawwuf merupakan salah satu dari tiga tiang asas agama Islam. Ia merupakan dimensi kerohanian bagi agama ini. Dengannya Iman dan keyakinan menjadi lebih kuat, perlaksanaan terhadap tuntutan syariat menjadi lebih sempurna dan penghayatan nilai-nilai akhlak menjadi lebih berkesan. Tanpanya Iman hilang kemanisannya, amal ibadah hilang kekhusyukannya dan akhlak hilang kemurniannya. Ia seumpama kawalan keselamatan dan perhiasan bagi sesebuah rumah yang menjadikannya lebih selamat dan bernilai tinggi.

Sabtu, 19 Februari 2011

3 Cara Untuk Menyekat Nafsu



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....


Sepanjang Hari kita dibelengu dengan masalah sosial yang semakin meruncingkan, walaupun hal ini memang sudah lama kita ketahui. Sosial ini berlaku disebabkan faktor utama dalam diri kita iaitu NAFSU. NAFSU ini memang sentiasa ada didalam diri setiap orang.Pelbagai NAFSU yang terdapat dalam diri kita seperti NAFSU makan, tidur, membeli belah, seks dan sebagainya. Tanpa kita sedari NAFSU-NAFSU inilah yang menyebabkan kita lalai dan leka dengan ALLAH S.W.T. Oleh itu, Imam Al-Ghazali telah menyatakan dalam kitabnya Ihya Ulumuddin bahawa ada tiga cara untuk menyekat NAFSU iaitu :

  • Pergi Ke Majlis Ilmu
Tanpa kita sedari bahawa majlis ilmu inilah cara kita untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai agama kita. Terdapat banyak ilmu yang kita tidak tahu seperti ilmu FIQH iaitu mengenai Hukum-hukum dalam islam, Tauhid pula adalah mengenai ilmu mengenal Allah dan sebagainya..Bila kita menghadirkan diri kita ke majlis ilmu, kita akan merasakan keinsafan dalam diri kita bahawa betapa luas dan banyaknya ilmu Allah..Dengan Ilmu juga kita dapat membantu memperbaiki diri kita. Ilmu Allah sangatlah luas..tidak kira jurutera, kewangan dan sebagainya pun ilmu Allah, Oleh itu dengan adanya ilmu, kita boleh menyekat nafsu kita daripada melakukan sesuatu perkara yang boleh melanggar Perintah Allah dan dengan Ilmu Allah juga kita dapat tahu bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa di Dunia. Bila kita mencari ilmu Allah dan mengamalkannya, Allah akan membuka lagi cabang-cabang ilmu dengan luas...........Allah Hu Akbar....


Rabu, 16 Februari 2011

Allahummah Solli Ala Muhammad Ya Rabbi Solli Alaihi Wassallim


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat Keatas Nabi Muhammad S.A.W semoga kita mendapat syafaat daripadanya. Selamat Menyambut Maulid Nabi Saya ucapkan kepada Sahabat-sahabat blogger saya semoga sentiasa dirahmati oleh Allah.
Lahirlah seorang manusia pilihan yang dibesarkan tanpa pernah melihat wajah ayahnya, dibelai kasih sayang oleh ibunya selama 6 tahun sahaja. Bahkan dihina dan dimaki oleh orang-orang kampungnya sendiri. Tapi Alhamdulillah, berhasil menjadi seorang pemimpin yang hebat di muka bumi Allah bukan sahaja dipuji oleh umatnya tetapi dipuji oleh mereka yang tidak menjadi umatnya. Siapakah Manusia yang terhebat ini, Tidak lain dan tidak bukan Baginda kita, Junjungan kita iaitu Rasullullah S.A.W yang pada kali ini kita memperingati dan menyambut maulidnya, kita memperingati hari kelahirannya. Sempena Maulid Nabi kesayangan kita, kita seharusnya meneladani Nabi dalam kehidupan seharian kita. Tetapi bagaimanakah kita hendak mencontohi Nabi jika Sejarah Kehidupannya kita tidak tahu..??? Bagaimanakah kita hendak mencontohi Nabi jika setiap sunnah dan amalannya kita tidak lakukan??? Terdapat video ceramah agama yang berbangsa BUGIS dilaptop saya jadi saya ingin kongsikan sedikit mengenainya. Merasa Seronok bila  melihat ustaz itu menyanyikan sebuah lagu ketika beliau masih kecil. Lagu ini menceritakan serba sedikit tentang kisah Nabi S.A.W. Lirik lagunya seperti ini :
“Pada Zaman Dahulu kala,
Pada Zaman Jahiliyah,
Lahirlah seorang Rasul ,
Yang Terakhir dan Mulia..

Nabi Muhammad Namanya,
Siti Aminah Ibunya,
Abdullah Nama Ayahnya,
Madinah Tempat Tingalnya..

Setelah Dewasa diangkat Menjadi Rasul,
Oleh Allah Yang Kuasa,
Pencipta Alam Semesta…..

Lagu ini amat seronok dan sesuai bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anaknya ketika kecil bagi mengenali Nabi S.A.W. Dan dengan lagu-lagu seperti ini kita sentiasa dapat meningati Nabi S.A.W..

Ahad, 13 Februari 2011

Assalamualaikum W.B.T....




Salam Ukhwah kepada semua sahabat-sahabat blogger Insan Cemerlang… Diharapkan Semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati olehNYA. Disini saya memohon maaf hampir setahun meninggalkan dunia blogger. Bukan kerana ketiadaan ilmu untuk dikongsi ataupun sudah beralih arah..tapi kesibukan melanda dan juga banyak ujian yang sering datang daripada Allah untuk menguji hamba-hambanya. Dikesempatan ini saya berterima kasih kepada sahabat-sahabat blogger saya yang sudi menjeguk sewaktu ketiadaan saya..Syukran Jazilan kepada Semua..Alhamdulillah sekembalinya saya kembali ini banyak yang saya ingin kongsikan ilmu-ilmu yang saya pelajari dan juga dari pengalaman saya yang tidak seberapa tetapi hanya sekadar berkongsi dan saling bertukar pendapat untuk kita semua dapat mengingati diri kita..insya’Allah…Semoga Ukhwah kita kekal walaupun di Alam Maya… Wallahualam….

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...