Jumaat, 25 Februari 2011

Pengenalan Tasawuf



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Pada Entry Kali ini, saya ingin berkongsi tentang pengenalan tasawuf..ilmu ini sangat berguna dan harus dipelajari oleh setiap muslim. Jika ada tersalah atau tersalah kata harap dimaafkan…..
Ilmu Tasawwuf merupakan salah satu cabang ilmu-ilmu islam selain daripada ilmu akidah dan juga ilmu syariat(fiqh). Ia merupakan suatu ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap muslim demi kesempurnaan sesuatu ibadah yang dilakukan.Oleh itu, ilmu tasawwuf ini harus difahami berlandaskan tuntutan Al Quran dan Sunnah, agar kita tidak tergelincir menjadi kaum yang memahami secara melampau berkaitan ilmu tasawwuf ini seperti ada orang yang mendalaminya supaya mendapat kelebihan kelebihan tertentu seperti kebal, dapat terbang di udara, berjalan di atas air dan sebagainya. Kita tidak menolak karamah yang diberikan Allah, tetapi janganlah karamah itu yg menjadi tujuan utama
Tasawwuf merupakan salah satu dari tiga tiang asas agama Islam. Ia merupakan dimensi kerohanian bagi agama ini. Dengannya Iman dan keyakinan menjadi lebih kuat, perlaksanaan terhadap tuntutan syariat menjadi lebih sempurna dan penghayatan nilai-nilai akhlak menjadi lebih berkesan. Tanpanya Iman hilang kemanisannya, amal ibadah hilang kekhusyukannya dan akhlak hilang kemurniannya. Ia seumpama kawalan keselamatan dan perhiasan bagi sesebuah rumah yang menjadikannya lebih selamat dan bernilai tinggi.
Memiliki keimanan semata-mata tanpa keislaman dan keihsanan adalah seumpama memiliki tapak rumah. Sekalipun pemiliknya ada tempat bertapak namun dia terdedah kepada kepanasan matahari dari basahan hujan. Memiliki keimanan dan keislaman semata-mata pula tanpa keihsanan adalah seumpama memiliki tapak dan rumah yang tidak siap dan tidak sempurna. Sekalipun pemiliknya ada tempat berteduh namun ia terdedah kepada kecurian dan rumahnya tidak bernilai tinggi. Manakala ihsan pula adalah seumpama rumah yang lengkap dan berperhiasan yang bukan sahaja selamat dihuni malah bernilai tinggi. 
Dunia Islam telah melahirkan ramai tokoh ahli tasawwuf berkalibar seperti Ibnu Arabi, Jalaluddin Rumi, Al-Hallaj, Rabiah al-Adawiyah dan lain-lain lagi. Mereka telah meletakkan asas-asas, menghuraikan permasalahan dan menulis karya-karya demi menyebarkan ilmu dan menjaga tasawwuf daripada penyimpangan dan penyelewengan golongan yang jahil, berpura-pura dan berniat jahat terhadap tasawwuf dan Islam. Hasil daripada usaha mereka inilah huraian mengenai tasawwuf yang murni masih dapat ditemui sampai sekarang termuat dalam karya-karya mereka sekalipun wujudnya unsur-unsur kesamaran dan penyelewengan yang disebarkan oleh golongan Batiniyyah dan sebagainya yang berlabel dan berselindung di sebalik nama tasawwuf.

Firman Allah S.W.T
 “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
                                                                                                   ( Surah Al-Baqarah : 186)
Oleh itu, marilah kita sama-sama mencari Ilmu Allah...ilmu yang kita ada kita amalkan. Carilah Guru yang boleh mengajar dan jika hanya membaca tanpa berguru, kita diibaratkan berguru dengan syaitan....Oleh itu pergunakanlah segala ilmu itu dengan sebaik-baiknya....Ilmu Tasawuf itu juga boleh membezakan antara Haq dan Batiq.... Allah Hu Rabbi….



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...