Sabtu, 19 Februari 2011

3 Cara Untuk Menyekat Nafsu



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....


Sepanjang Hari kita dibelengu dengan masalah sosial yang semakin meruncingkan, walaupun hal ini memang sudah lama kita ketahui. Sosial ini berlaku disebabkan faktor utama dalam diri kita iaitu NAFSU. NAFSU ini memang sentiasa ada didalam diri setiap orang.Pelbagai NAFSU yang terdapat dalam diri kita seperti NAFSU makan, tidur, membeli belah, seks dan sebagainya. Tanpa kita sedari NAFSU-NAFSU inilah yang menyebabkan kita lalai dan leka dengan ALLAH S.W.T. Oleh itu, Imam Al-Ghazali telah menyatakan dalam kitabnya Ihya Ulumuddin bahawa ada tiga cara untuk menyekat NAFSU iaitu :

  • Pergi Ke Majlis Ilmu
Tanpa kita sedari bahawa majlis ilmu inilah cara kita untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai agama kita. Terdapat banyak ilmu yang kita tidak tahu seperti ilmu FIQH iaitu mengenai Hukum-hukum dalam islam, Tauhid pula adalah mengenai ilmu mengenal Allah dan sebagainya..Bila kita menghadirkan diri kita ke majlis ilmu, kita akan merasakan keinsafan dalam diri kita bahawa betapa luas dan banyaknya ilmu Allah..Dengan Ilmu juga kita dapat membantu memperbaiki diri kita. Ilmu Allah sangatlah luas..tidak kira jurutera, kewangan dan sebagainya pun ilmu Allah, Oleh itu dengan adanya ilmu, kita boleh menyekat nafsu kita daripada melakukan sesuatu perkara yang boleh melanggar Perintah Allah dan dengan Ilmu Allah juga kita dapat tahu bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa di Dunia. Bila kita mencari ilmu Allah dan mengamalkannya, Allah akan membuka lagi cabang-cabang ilmu dengan luas...........Allah Hu Akbar....



  •        Bergaul Dengan Orang Alim
“Siapalah diri kita yang jahil ini untuk bergaul dengan orang-orang Alim dan baik.” Itulah ungkapan yang selalu dikatakan oleh setiap orang yang merasakan dirinya begitu kotor dan jahil dan itulah juga kata-kata saya.. Tiba-tiba seorang sahabat saya menasihati kepada saya. “Siapa lagi yang boleh membimbing kita ke jalan Allah”. Lalu saya teruskan niat saya dan Alhamdulillah saya dapat berkawan dengan orang-orang yang Alim dan baik. Bagi saya, jika kita bergaul dengan orang alim, kita boleh dapat meminta nasihat dan dan bimbingan dari mereka. Serta kita dapat menambahkan lagi ilmu daripada mereka. Bila kita bergaul dengan orang Alim , kita juga dapat barokah dan tempiasnya. NAFSU kita terus berkurangan dengan adanya bimbingan orang Alim..Carilah orang-orang Alim dan kawan yang boleh membimbing diri kita ke jalan Allah.. Insya’Allah perjalanan hidup kita tenang dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah S.W.T...Allah Hu Akbar....


  •          Cara Berpakaian
NAFSU juga boleh disekat dengan cara pakaian kita. Dengan berpakaian juga, kita dapat meningkatkan keimanan dalam diri kita seperti mengikut segala sunnah Nabi S.A.W dan apa yang telah diperintahkan Oleh Allah. Berfesyen sudah tentu boleh. Tapi ramai yang berfesyen sehingga melupakan syariat yang telah ditetapkan. Aurat haruslah dijaga kerana ia adalah melambangkan keperibadian dan maruah diri seseorang. Wanita pada hari ini, ramai yang mengenakan pakaian yang menjolok mata dan ia juga boleh mendatangkan NAFSU kepada lelaki. Dosa itu sentiasa ada pada diri wanita kerana memperlihatkan keperibadian dan maruah. Ramai yang mengatakan bahawa “jangan hanya pandang seseorang itu dari sudut luaran”. Memang benar, Tapi dari luaran itulah yang menimbulkan fitnah kepada seseorang. Bila wanita memakai pakaian yang mengikut syariat dan perintah Allah, Maka tertutuplah segala pintu-pintu NAFSU lelaki. Bukan hanya pada wanita sahaja, begitu juga dengan lelaki, seharusnya kita sebagai lelaki yang akan membimbing wanita sebagai seorang isteri pada masa akan datang tunjukkanlah cara pakaian yang sopan dan menutup aurat. Oleh itu, “Sahsiah melambangkan Tarbiah”.

Insya’Allah Semoga apa yang saya kongsikan ini dapatlah kita sama-sama mengamalkannya dan sebenarnya masih banyak cara lagi untuk kita menyekat NAFSU di dalam diri kita. Jika ada tersalah kata ataupun terkurang dari saya. Saya mohon dimaafkan..Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang jahil itu datangnya dari diri saya yang hina..Allah Hu Rabbi.....

4 ulasan:

  1. assalamualikum,
    “Sahsiah melambangkan Tarbiah”.
    sy sgt setuju dgn statement ni..
    :)
    terima kasih berkongsi tips ni.

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam W.B.T

    Syukran jazilan..semoga dengan tips ini kita jadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat... :)

    BalasPadam
  3. keadaan sosial kini x dpt nak dibendung...makin menjadi2 n merisaukan..

    BalasPadam
  4. Aisyah : Insya'Allah sama-sama kite membendungnyer...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...