Sabtu, 8 September 2012

Persepsi Kita....





~Persepsi Yang Baik Itu Melambangkan Keperibadian Dan Sahsiah Yang Mulia...~


Persepsi atau lebih kita fahami iaitu pendangan kita terhadap orang lain. Ramai cepat menghukum seseorang tanpa mengkaji dengan lebih mendalam. Kita mudah memberi pandangan yang negetif dan buruk kepada seseorang sehingga kita mengeji perbuatan mereka tanpa kita sedari. Ingatlah bahawa setiap manusia ada masalahnya yang tersendiri dan ada sebab mereka lakukan walaupun bukan dengan rela hati tapi mereka lakukan demi kasih sayang dan pengorbanan...Amat menyedihkan bila orang mengutuk dan tidak menghormati orang yang melakukan kesilapan..mereka juga inginkan teguran tapi biarlah membina dan berhikmah..insya'Allah secara perlahan-lahan mereka akan berubah ke arah kebaikan..doakan mereka itu lebih mulia dari mengkeji mereka. 



Persepsi kita melambangkan keperibadian kita..jika kita mengata keburukan seseorang itu. Ia ibarat menunjukkan keburukan kita sendiri..oleh itu kita kenalah bersangka baik dan sentiasa berfikiran positif kepada semua orang. yakinilah bahawa Allah akan membantu kita jika kita dalam kesusahan..

Moga perkongsian ini dapat memberi kita pengajaran dan menjadi seorang insan yang cemerlang dunia dan akhirat.. :)



2 ulasan:

  1. sebelum berkata-kata atau melakukan sesuatu tindakkan mestilah disusuli dengan pemikiran yg waras dan bijak.

    BalasPadam
  2. Aisyah : setuju..bertindak biarlah ikut iman..insya'Allah pasti akan aman...:)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...