Isnin, 1 Oktober 2012

Ujian Mendatangi Tapi Hakikat Allah Amat Menyukai....


~Sang Realiti Menyusuri Langkah Yang Ranjau Berduri..Menjadi Satu Keperitan Dalam Mencari Cinta Ilahi.......~


Tiadalah Perkara mudah untuk kita mendekati-NYA...kerana hati masih lagi diselubungi dengan dosa dan kegelapan...Tetapi itu bukanlah penghalang kita untuk mendekati-NYA...Selagi Nafas belum terhenti..Selagi itu pintu taubat masih lagi terbuka kepada hamba-hambaNYA...Kita di ibaratkan seperti kain putih..lalu kekotoran itu datang jika kita tidak mencucinya..begitu jua dengan hati..Hati kita sentiasa di kotori dengan iri hati,dengki,angkuh,sombong dan sifat-sifat mazmumah yang lain...
Maka Bersihkanlah ia dengan zikrullah...Basahilah lidah dengan zikrullah...Kerana ia mampu membersihkan hati yang kotor...Setiap ujian itu adalah tanda Allah Menyayangi Hamba-NYA yang ingin kembali ke jalan-NYA...Maka sentiasalah istiqamah dan bermujahadah...Ingatlah bahawa setiap ujian yang mendatangi itu pasti ada hikmah-NYA...Hadapilah setiap ujian itu dengan kesabaran dan terimalah ujian itu dengan ikhlas dan redha...Bersabarlah dengan karenah manusia..ramai yang lemah kerana kata-kata makian atau dengkian orang sekeliling..tapi anggaplah ia sebagai ujian dari-NYA...Moga kita sama-sama Sabar menempuh ujian dari-NYA..berdoalah sentiasa agar dikuatkan hati...Allah Maha Mendengar setiap luahan hati hamba-hambaNYA...Maka teruskan istiqamah dan mujahadah...

~Moga Allah Permudahkan segala urusan dan Moga Kita Semua sentiasa di dalam Rahmat-NYA...~


10 ulasan:

  1. moga kita semua di jauhkan dari sifat mazmumah. aminnnnn :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya'Allah..sentiasa istiqamah utk menuju jalan abadi..:D

      Padam
  2. betul betul betul. saya sokong. ujian itu tarbiah dari Allah kepada hambanya. mungkin selama ini kita leka dengan nikmat yang diberi. hadirnya ujian itu buktinya Allah masih sayangkan kita, semoga fiqry sentiasa dibawah lembayung rahmat kasih darinya. jom sama2 kita menginati Allah dengan memperbanyakkan berzikir. :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...