Ahad, 18 April 2010

mendedah aurat membawa maksiat.....



ADA orang bersikap suka menunjuk-nunjuk kekayaan, perhiasan dan kehebatannya. Tidak kurang juga ada wanita muda sengaja menunjukkan bentuk badannya menerusi pakaian ketat dan jarang ketika berjalan atau menghadiri sesuatu majlis keramaian. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Nur, ayat 31 yang bemaksud: "Janganlah mereka menghentak-hentakkan kakinya agar diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah sekelian kepada Allah wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung. Menerusi ayat di atas, Allah dengan jelas memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar mengajar pengikutnya supaya menundukkan sebahagian pandangan mereka serta menahannya daripada melihat wanita yang bukan muhrimnya (muhrim bermaksud wanita yang diharamkan berkahwin dengannya). Mereka juga dilarang memandangnya kecuali pada apa yang dibolehkan saja. Begitu juga, Allah memerintahkan mereka supaya memelihara kemaluannya daripada perbuatan zina dan sekali gus menjaga auratnya supaya tidak dilihat oleh sesiapa pun. Sesungguhnya sikap itu akan lebih aman dan terselamat daripada terjerumus kepada perkara kejahatan. Sebenarnya pandangan itu sendiri boleh menimbulkan syahwat dan kadang kala keinginan itu boleh menyebabkan penderitaan yang berpanjangan. Oleh itu, apabila seseorang terpandang sesuatu yang diharamkan dengan tidak disengajakan, maka hendaklah ia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Jangan sekali-kali merenungnya dengan begitu lama, terutama terhadap wanita kerana Allah sentiasa memerhatikan apa jua yang dikerjakan oleh seseorang seperti firman-Nya bermaksud: "Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat (yang terlarang) dan apa yang disembunyikan oleh hati." (Al-Mukmin, ayat 19). Allah juga menekankan perintah-Nya kepada wanita yang beriman agar menundukkan pandangan serta memelihara kemaluan mereka. Malah, mereka lebih ditekankan daripada lelaki dengan melarang daripada menampakkan perhiasannya, melainkan kepada orang tertentu sahaja, iaitu orang yang diharamkan berkahwin dengannya dan keluarga mereka yang terdekat. Kalau dilihat kepada sebab penurunan ayat ini, maka di sana ada satu daripada riwayat yang menyebutkan bahawa Ali bin Abi Talib meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki pada masa hidup Rasulullah berjalan di sebatang jalan di kota Madinah, tiba-tiba dia melihat seorang wanita dan wanita itu juga melihatnya. Kemudian, kedua-duanya terpujuk oleh syaitan sehingga masing-masing berasa kagum antara satu sama lain. Pada waktu lelaki itu berjalan menuju ke sebuah dinding, sedangkan matanya masih terpaku pada wanita tadi, tiba-tiba dia terhantuk ke dinding itu hingga cedera hidungnya. Lantas dia berkata: "Demi Allah, aku tidak akan membasuhkan darah ini sampai aku berjumpa dengan Rasulullah dan menceritakan kepadanya kejadian ini. Lalu dia menemui Rasulullah dan menceritakan apa yang berlaku. Baginda kemudian menjawab: "Ini adalah balasan kepada dosamu." Kemudian Allah menurunkan ayat-Nya: "Katakanlah kepada kalangan lelaki yang beriman hendaklah menundukkan sebahagian pandangannya..." Sesungguhnya wanita pada zaman jahiliah seperti juga zaman sekarang (jahiliah moden), suka mendedahkan dada, leher dan kedua-dua lengan mereka ketika berjalan di hadapan lelaki ajnabi (yang bukan muhrimnya). Boleh jadi dengan pendedahan itu akan menimbulkan keinginan dan fitnah kepada lelaki disebabkan pakaian dan tubuh badannya yang menggiurkan itu. Dalam konteks ini, Imam Ibn Qayyim mengemukakan beberapa faedah dan kesan positif daripada menahan pandangan daripada perkara yang haram ini, antara lain, katanya: "Melaksanakan perintah Allah yang adalah kemuncak kebahagiaan seorang mukmin, mencegah pengaruh negatif akibat pandangan yang berbisa, menguatkan hati dan jiwa, membuatkan hati bercahaya serta menutupkan pintu-pintu pujuk rayu syaitan." Kata beliau .....
Sebagai pengajaran..jadilah wanita yang solehah, Setiap Perintah Allah pasti ada hikmahnya..
Semua Wanita Itu Cantik Bila Ia Solehah..

9 ulasan:

  1. wanita mampu menjadikan lelaki beriman berpaling dari agama Allah dan wanita juga mampu membuatkan lelaki menangis kerana Allah.. kerana itulah perempuan yang solehah itu indah sekali dan wanita yang sebaliknya hanya lah sesuatu yang rugi.

    thnx untuk peringatan ni ^_^

    BalasPadam
  2. assallamualaikum,

    tuan rumah, entry ni sangat bagus dan membawa erti yang banyak.

    cuma, agak serabut, kalau boleh, buat perenggan leh x? hehe... sebab pening sikit nak bace la, tetengah malam lak tu.. hehe

    hanya sekadar berkongsi pendapat... hehe

    BalasPadam
  3. ni klau...
    puak2...
    yg diktekn...
    tu bce...
    mcm2...
    takwil...
    alasan...
    derang bg...

    BalasPadam
  4. salam,
    dunia sekarang menghimpit, mengheret, dan memujuk manusia mengikut arus budaya yg kdg2 jauh dari landasan yg sebenarnya..
    juga sering kali mengelirukan insan ttg perintah dan larangn dalm agama..
    melalui pemerhatian sy, ramai perempuan/wanita yg kesempurnaan aurat x djg sempurna adlh kerana merasa gaya mereka itu xda salahnya, lagi2 jika majoroti org sekeliling juga membawa penampilan yg serupa..
    ada pula yg mmg tidak mempunyai kesedaran penuh pentingnya larangn membuka aurat, mungkin mata yg melihat realiti dunia membutakan hati yg mencari kebenaran..
    wallahualam~
    walau apapun Hidayah tetap milik Allah..
    terima kasih atas ingatn ni saudara.

    BalasPadam
  5. Tidak dinafikan, ramai kalangan umat Islam tidak mengambil berat soal ini. Ada yang bangga mendedahkan aurat dan urat serta pusat mereka kepada orang lain. Hmm...macamlah orang lain tidak ada pusat,hingga dia bangga nak tunjuk-tunjukkan pusatnya.

    BalasPadam
  6. Syukran jazilan sahabat-sahabat sekelian..segala pendapat kamu saya akan amik..saya amik salah satu petikan hadis dari Abu Dawud dan Ahmad.

    Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan 'Wahn' ke dalam hati kalian.."

    salah seorang bertanya : "apa itu 'Wahn' wahai rasulullah?"

    Nabi S.A.W menjawab : "cintakan kehidupan dan benci kepada kematian"

    Sahabatku sekelian..ikut syariat maka selamatlah kita dunia dan Akhirat..

    BalasPadam
  7. itulah..lebih pelik ada yg sebelumnya belatarbelakangkan agama..sek.men blajar mcm2 tntg ilmu agama..tp bila kluar..lg truk drpd yg xbljr agama..culture shock memang menggerunkan..moga hati mereka2 ini dan ana juga tidak dibolak balikkan dengan godaan syaitan laknatullah ni..

    BalasPadam
  8. محمد فردوس سعد : betul tu saudara, culture shock mmg menakutkan..yg membezakan mereka adalah mengamalkan dan tidak mengamalkan ilmu agama itu sendiri..

    syukran jazilan para sahabat2 ku sekelian atas kesudian untuk memberi pandangan yang bernas dan membina..sama2lah kita ingat mengingati..

    BalasPadam
  9. jihad hawa nafsu yang tidak akan padam selagi hayat dikandung badan.semua cabang jihad amat penting bg setiap muslim.andai diremehkan salah satunya maka pincanglah ia

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...