Rabu, 14 April 2010

Mengenali apa itu MARAH....




RASULULLAH dalam satu hadis diriwayatkan Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”

Setiap manusia mempunyai sifat marah dan sabar sebenarnya adalah penghalang sifat itu. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya, apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan. Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.Ada lima kategori marah iaitu

1)Cepat marah atau marah tidak bertempat,
2)Marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat),
3)Marah sederhana,
4)Tidak tahu marah
5)Marah keterlaluan.


Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu

-Rasa bangga diri,
-Takjub kepada peribadi sendiri,
-Berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas,
-Bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah.

Lima lagi puncanya ialah

-Gemar berbantah dalam sesuatu perkara,
-Khianat,
-Tamak kepada harta juga pangkat,
-Gagal mengendalikan nafsu
-Emosi serta hasad dengki selain iri hati.


Apabila seseorang itu marah, pergerakan fizikalnya turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina juga merendah-rendahkan orang yang dimarah dan pelbagai lagi.
Marah bukan berlaku pada orang yang kebanyakan saja, malah individu yang punya kedudukan atau status seperti ustaz, ustazah, guru, ulama, doktor dan sebagainya.Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian kerana yang penting ‘sikap aku betul, orang lain salah’.


Kadangkala orang ramai boleh menilai bahawa individu berkaitan itu ada sifat mazmumah seperti ego, tidak menerima kebenaran, berbangga dengan kedudukan, jawatan, sijil, ijazah, ilmu yang dimiliki, sedangkan semua ilmu itu menjadi amanah Allah SWT. Inilah marah yang dikeji.

Marah yang dipuji adalah marah pertengahan iaitu marah bertempat. Contoh, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Rasulullah SAW mengajar kita dalam hadisnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Kita perlu ada marah dalam hal itu.

Contoh marah pertengahan berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali terbabit dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya dan tiba-tiba musuhnya meludah mukanya.
Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya.

Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah SWT tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. Sama-sama kita renungkan di mana kategori marah kita selama ini untuk kebaikan masa akan datang.Wallahualam

9 ulasan:

  1. marah...jgn memakan diri sudah...kalo berada dlm keadaan mrh bdn terasa panas n kepala jd sakit n denyutan jantung tak stabil..tu yg sy rasa bila dlm keadaan marah...

    BalasPadam
  2. sgt ske post ni
    =)
    farysa terlalu sng mrh tp mrh dlm diam
    grrrr
    tension

    BalasPadam
  3. Niesya : uish yekew..em tips utk niesya..kalo nak mara cpt amik air wuduk n solat sunat..insya'Allah redalah kemarahan itu..

    farysa : thnks..farysa bykkan belajar utk sabar..sabar itu adalah satu cara utk melawan nafsu amarah kite..senyum itu pengubat hati yg tgh mara..

    BalasPadam
  4. cpt mrh tp mrh kjap ja..hehehe :)

    BalasPadam
  5. ...بسم الله الرحمن الرحيم
    salam,
    ini salah 1 cara menangani amarah..
    betul la saudara; ambil wuduk..

    Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

    “Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk dengan air. Maka, sesungguhnya marah itu daripada api.” (Riwayat Abu Daud)

    :)

    neway, syukran ats entri n peringtn ni..

    BalasPadam
  6. marah akan menyebabkan degupan jantung lebih cepat dan kalo slalu marah akan menambahkan jisim otot pada jantung. akibatnya jantung sukar mengepam darah dan terjadilah darah tinggi. high blood pressure. tekanan tinggi diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh bedan..

    tapi kalo jenis tak reti marah pown susah gak, kena buli.. huhu
    :( slalu kena..

    BalasPadam
  7. istighfar banyak2 kalau rasa nak marah..tarik nafas dalam2..lagi baik berdiam diri dari bersuara kan..

    BalasPadam
  8. sifat marah ni ada dalam diri setiap orang , cuma kita yang perlu bijak mengawal diri dan menangani situasi yang kita hadapi.

    bila kita pndai mengawal marah, ia tidak akan merebak dan melahirkan sifat penyabar yang sememangnya dituntut oleh Islam.. sabar itu separuh daripada iman..
    sekiranya masa kita marah itu dalam keadaan duduk, maka kita hendaklah bangun.. sekiranya kita dalam keadaan berdiri, maka ambillah wuduk. sejukkan hati. tenangkan jiwa.. marah itu api yang ditiup dari syaitan.. istigfar banyak2 insYAllah marah dapat dikawal..

    bagus blog awak ni.. teruskanlah usaha menulis. dan teruskanlah usaha berdakwah melalui penulisan yang terut menyumbang ke arah pembangunan jiwa ummah.. salam..
    wallahualam...

    BalasPadam
  9. kadang kala diri terlalu mgikut hati yg sgt mrah n secare lgsg nye telah mguris hati org laen..astaghfirullahalazim..btw, pkongsian yg menarik~ :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...