Rabu, 16 Februari 2011

Allahummah Solli Ala Muhammad Ya Rabbi Solli Alaihi Wassallim


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat Keatas Nabi Muhammad S.A.W semoga kita mendapat syafaat daripadanya. Selamat Menyambut Maulid Nabi Saya ucapkan kepada Sahabat-sahabat blogger saya semoga sentiasa dirahmati oleh Allah.
Lahirlah seorang manusia pilihan yang dibesarkan tanpa pernah melihat wajah ayahnya, dibelai kasih sayang oleh ibunya selama 6 tahun sahaja. Bahkan dihina dan dimaki oleh orang-orang kampungnya sendiri. Tapi Alhamdulillah, berhasil menjadi seorang pemimpin yang hebat di muka bumi Allah bukan sahaja dipuji oleh umatnya tetapi dipuji oleh mereka yang tidak menjadi umatnya. Siapakah Manusia yang terhebat ini, Tidak lain dan tidak bukan Baginda kita, Junjungan kita iaitu Rasullullah S.A.W yang pada kali ini kita memperingati dan menyambut maulidnya, kita memperingati hari kelahirannya. Sempena Maulid Nabi kesayangan kita, kita seharusnya meneladani Nabi dalam kehidupan seharian kita. Tetapi bagaimanakah kita hendak mencontohi Nabi jika Sejarah Kehidupannya kita tidak tahu..??? Bagaimanakah kita hendak mencontohi Nabi jika setiap sunnah dan amalannya kita tidak lakukan??? Terdapat video ceramah agama yang berbangsa BUGIS dilaptop saya jadi saya ingin kongsikan sedikit mengenainya. Merasa Seronok bila  melihat ustaz itu menyanyikan sebuah lagu ketika beliau masih kecil. Lagu ini menceritakan serba sedikit tentang kisah Nabi S.A.W. Lirik lagunya seperti ini :
“Pada Zaman Dahulu kala,
Pada Zaman Jahiliyah,
Lahirlah seorang Rasul ,
Yang Terakhir dan Mulia..

Nabi Muhammad Namanya,
Siti Aminah Ibunya,
Abdullah Nama Ayahnya,
Madinah Tempat Tingalnya..

Setelah Dewasa diangkat Menjadi Rasul,
Oleh Allah Yang Kuasa,
Pencipta Alam Semesta…..

Lagu ini amat seronok dan sesuai bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anaknya ketika kecil bagi mengenali Nabi S.A.W. Dan dengan lagu-lagu seperti ini kita sentiasa dapat meningati Nabi S.A.W..

Pada Zaman sekarang Ramai dikalangan kita sudah tidak malu menampakkan Aurat tidak kira muslim atau muslimah. Disebabkan terlalu leka dengan fesyen-fesyen terkini dan terlalu mengikut arus budaya barat. Tidak malukah kita, nama sahaja islam tetapi pakaian seperti orang barat…??Jika mahu mencontohi Nabi S.A.W timbulkanlah perasaan malu itu dengan mengikut segala syariat dan perintah Allah S.W.T...Wanita adalah hiasa dunia dan seindah hiasan adalah Wanita Solehah….Lelaki adalah Imam dan Pemimpin bagi wanita. Bentukkanlah wanita itu dengan didikan agama yang teguh. Insya’Allah jika Muslim dan Muslimah yang menjaga syariat dan takut dengan larangan Allah.. Pasti Tidak akan melakukan perkara yang boleh mendatangkan dosa dan timbulnya perasaan malu dalam diri jika sentiasa mengingati bahawa Allah sentiasa Ada di mana-mana.
Jika Mahu Mencontohi Nabi S.A.W rajinkanlah melakukan solat berjemaah. Dengan solat berjemaah kita mendapat lebih besar ganjarannya berbanding solat bersendirian. Lebih elok jika berjemaah di masjid. Pada Zaman sekarang, Banyak Masjid-masjid yang besar dan cantik tetapi tidak ada orang yang datang untuk solat fardhu. Hanya datang bila solat jumaat, Solat Aidilfitri dan Solat Aidiladha. Amat menyedihkan bahawa ketika azan sedang berkumandang tetapi ramai yang sibuk dengan urusan dunianya. Siraturrahim diantara kita tidak utuh. Oleh itu, Solat berjemaah ini dapat mengeratkan lagi siraturrahim kita sesama islam dapat menjadikan kita menjadi ummah yang cemerlang dan bila kuatnya ummah sesama muslim insya’Allah kita dapat mengatasi masalah-masalah moral dikalangan masyarakat.

Jika Mahu Mencontohi Nabi S.A.W Rajinkanlah bersedekah kerana kita akan sentiasa mendapat ganjarannya lebih besar di akhirat kelak. Dengan Bersedekah ini kita dapat mengingati bahawa rezeki yang kita dapat itu adalah kepunyaan Allah S.W.T. Allah yang memberikan segala rezeki bukan hanya pada kekayaan tetapi rezeki itu seperti nafas untuk kita bernafas. Kesihatan yang baik dan sebagainya. Maka kita harus bersyukur atas segala nikmatNYA yang diberikan kepada kita..
Jika Mahu mencontohi Nabi S.A.W perbanyakkan solat-solat sunat. Terapkanlah solat Dhuha kerana kunci rezeki dan Allah membukakan pintu keutamaan Dunia pada hari kita solat. Jika kita mahu Berjaya didunia perbanyakkanlah solat dhuha. Bacalah Doa “ Ya Allah Zat Yang Maha Kaya Yang Kekayaan MU tidak terbatas diantara Langit dan Bumi, Aku mohon kepadaMU Ya Allah Jika Rezeki ku Masih di atas langit turunkanlah, Jika masih didalam tanah Munculkan, jika masih jauh dekatkan, jika masih sedikit cukupkan dan yang lebih penting keberkatan dan Baraqah daripada MU Ya Allah…….”

Jika Mahu Mencontohi Nabi S.A.W jadilah umat yang sabar. Ramai dikalangan kita tewas dengan nafsu amarah. “Gembiralah orang-orang yang bersabar dan orang yang bersabar bersama dengan Allah. “. Jika kita mahu Berjaya di dunia dan diakhirat banyakkanlah bersabar. Bersabar dalam menghadapi ujian, jika sakit hati atau difitnah belajarlah untuk memaafkan orang. Serahkan segalanya kepada Allah dan biarkanlah Allah sahaja yang membalasnya. Biarlah orang mengata-gata kepada kita tetapi kita bersabarlah kerana itulah ujian untuk orang yang bersabar. Satu kisah Nabi S.A.W.Ketika Nabi S.A.W pergi berdakwah, Nabi dilempar dengan batu sehingga Nabi S.A.W berdarah dan Malaikat jibril datang dan ingin menawarkan bantuan dan Malaikat jibril berkata “Ya Muhammad. Keterlaluan ini semua Manusia, Engkau berdoa kepada Allah, Saya angkatkan gunung-gunung ini dan saya lemparkan kepada mereka sekelian dan saya hancurkan” Lalu Nabi Berkata “ Jibril, Jika Allah mengabulkan Doaku, Aku berdoa kepada Allah jangan Engkau hancurkan mereka dan berikanlah mereka Hidayah”. Allah Hu Akbar..!!! begitu tingginya sifat sabar Nabi S.A.W. Orang yang pemaaf dan bersabar Insya’Allah tenang hidupnya. Serahkanlah segalanya kepada Allah.
Dan Yang terakhir sekali adalah Jika kita Mencintai Nabi S.A.W perbanyakkanlah berselawat kepada Rasullullah S.A.W.  Bahkan Rasullullah S.A.W menjelaskan “ barang siapa berselawat kepada Ku Maka Allah akan melapangkan hidupnya”. Oleh itu, jika mempunyai masalah atau hati terasa tidak tenang. Perbanyakkanlah berselawat kepada Rasulullah S.A.W………

Insya’Allah sama-sama kita hayati dan jadikan Rasullullah S.A.W sebagai contoh dan teladan kepada kita. Semoga kita sentiasa Berada didalam Rahmat Allah dan Mendapat Syafaat Daripada Rasullullah S.A.W. Sama-samalah kita saling ingat mengingati kepadaNYA..Jika ada kesilapan dari saya harap dimaafkan. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang Tidak elok itu datangnya dari diri saya yang hina. Ilmu ini bukan milik saya tapi ini semuanya Ilmu Allah..Allah Hu Rabbi……………………





4 ulasan:

  1. " Barangsiapa yg menghidupkan sunnah ku, maka sesungguhnya dia mencintai aku, dan barangsiapa yg mencintai aku maka dia akan bersama aku d syurga" ( riwayat al-tobrani)

    semoga kita sama2 dpt menghidupkan sunnah Rasulullah.. insyaAllah.

    nice post..

    BalasPadam
  2. nice entry fiq...teringgt lak smlm syarahan agama di halwah tv9 bertajuk wasiat terakhir Rasulullah...mmg btol2 memberi kesan mendalam dijiwa..betapa sayangnnya rasulullah pd umatnya smpaikan saat kematiaan Baginda masih lg menyebut umatku..umatku..

    BalasPadam
  3. Alkhairuni : insya'Allah..sama2 kite mendapat syafaat dari Rasullullah S.A.W di akhirat kelak...Amin Ya Rabb..syukran....

    Aisyah : Btul tu..Baginda btul2 myangyi Umatnya..tapi Umatnya pada zaman skg masih kurang penghayatan ttg agama dan kecintaan kepada Allah dan Rasul NYA...insya'Allah semoga kite tergolong dengan orang-orang yang beriman...

    BalasPadam
  4. syukran kerana berkongsi.. ramai yang tahu tapi lupe..
    same2 kita ingt mengingatkan..

    Rasullullah SAW pemimpin terbaik, contoh terpuji.. selawat keatas baginda SAW..

    good sharing..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...